Picture
Picture

Simptom Serangan Jantung.

1. Cemas
Serangan jantung boleh menimbulkan rasa cemas atau ketakutan atas kematian.

2. Sakit dada
Memang tak semua sakit dada menjadi penunjuk serangan jantung. Rasa sakit ini kadang diibaratkan seperti dada yang dihempap sesuatu yang berat.

3. Batuk atau bersin terus-menerus
Boleh menjadi simptom sakit jantung akibat pengumpulan cecair di paru-paru.
4. Pening
Jangan menganggap remeh pening ini kerana ini boleh saja boleh menyebabkan sakit jantung.

5. Penat
Merasa kepenatan sepanjang hari boleh menjadi simptom dari kegagalan jantung berfungsi dengan sempurna.

6. Mual atau tidak nafsu makan
Sebenarnya bukan perkara yang biasa ketika serangan jantung, seseorang merasa sakit perut atau muntah. Namun, pembengkakan di bahagian perut yang dikaitkan dengan sakit jantung memang boleh mengganggu nafsu makan.

7. Sakit di bahagian tubuh lain
Dalam kebanyakan serangan jantung, rasa sakit bermula dari dada dan menyebar ke bahu, lengan, siku, punggung, leher, rahang, atau perut. Ada kalanya mereka yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit dada. Hanya ada rasa sakit di kawasan tubuh yang lain. Rasa sakit pun boleh datang dan pergi.

8. Denyut jantung cepat atau tidak teratur
Semasa denyut jantung cepat dan tidak teratur, apalagi apabila rasa lemas, atau nafas pendek, boleh menjadi tanda serangan jantung, sakit jantung, ataupun aritmia.

9. Sukar bernafas
Ada kalanya seseorang yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit atau tekanan di dada, tetapi merasa kesulitan bernafas.

10. Berpeluh
Perlu waspada kalau tiba-tiba anda berpeluh padahal sedang duduk di kerusi.

11. Tubuh bengkak
Sakit jantung boleh menyebabkan cecair terkumpul di dalam tubuh. Akibatnya di bahagian tubuh seperti kaki, perut, dan pergelangan kaki, bengkak.

12. Sangat lemah
Mereka yang mengalami serangan jantung merasakan rasa lemah yang amat sangat. Rasanya mereka tidak boleh memegang sehelai kertas di antara jarinya
.
                                                                      
Jangan abaikan Simptom serius serangan jantung.



Serangan sakit jantung selalunya datang tanpa diduga. Kekadang kita lihat seseorang tu sihat, tiba-tiba dengar dia meninggal disebabkan serangan sakit jantung.

Semua kita tahu bahawa sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di negara ini selain kemalangan jalanraya. Namun begitu, tidak ramai yang tahu tanda-tanda atau simptom serangan sakit jantung ini. Mungkin nyawa boleh diselamatkan jika seseorang mengetahui tanda-tanda serangan sakit jantung dengan mendapatkan pertolongan kecemasan lebih awal, lebih awal dikesan tandanya, lebih besar peluang untuk pesakit diselamatkan.

12 simptom serius serangan sakit jantung yang biasanya diabaikan sehingga ke tahap yang tidak boleh diselamatkan lagi. Oleh itu, simptom-simptom ini perlu diambil perhatian dan jangan diabaikan sama sekali.